Ahad, 6 Oktober 2013

Umat Melayu cerminan Islam

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UmatMelayucerminanIslam/Article

Pada pendapat saya,artikel ini menjelaskan satu tema saja:Umat Melayu mesti melakukan amal dan memperbaiki sendiri untuk mencerminkan kebenaran imej Islam.



Pada masa sekarang,imej Islam dalam mata dunia memang berubah.Terdapat negara barat mahu merosakkan imej Islam,terutamanya Islam di dunia Arab.Saya rasa, mungkin Islam di kawasan yang berbeza mempunyai gaya yang berbeza.Sekarang saya belajar di Malaysia sebagai seorang pelajar asing.Pada pendapat saya,kaum Melayu sangat bersopan santun dan baik hati.Kebanyakan orang Melayu yang saya jumpa amat mesra.Mereka selalu membantu saya dengan ikhlas.Mungkin pada pandangan kebanyakan orang asing,orang Melayu adalah kaum yang baik,adil dan jujur.

Tetapi saya juga pernah melihat lakuan yang bukan begitu baik.Macam apabila menunggu di tepi jalan,terdapat orang atas motosikal terjerit-jerit terhadap saya.Saya tidak tahu apa maksudnya,tetapi saya rasa lakuan ini tidak sopan santun.Jadi orang tersebut sudah menghantar satu imej yang buruk kepada saya melalui lakuannya.

Satu contoh yang lain berkaitan dengan imej Islam adalah penyanyi Malaysia----Shila Amzah.






Setelah menangi Asian Wave 2012 di Shanghai,China,Shila Amzah menjadi penyanyi terkenal di negara-negara Asia yang lain,seperti China,Korea dan Jepun.Kemenangan Shila bukan sahaja memberi reputasi kepada sendiri,tetapi juga menggambarkan satu imej Islam yang baru.Imej ini lebih fesyen,lebih muda, bahkan lebih cantik.Orang yang bukan Islam boleh mendapat daya tarikan dari persembahan Shila.Nyanyian dan persembahan Shila juga menyiar kebudayaan dan semangat Islam.Kemenangan Shila memang meningkat imej Malaysia dalam bidang seni di seluruh dunia.

Sekarang,masyarakat China juga ada banyak masalah.Terdapat satu ayat yang popular atas Internet China,kalau diterjemahkan secara terus,iaitu "Watak saya akan menjadi watak China pada esok."Jadi,saya rasa,kegiatan kita bukan saja berkaitan dengan kehidupan sendiri,tetapi juga harus memelihara imej negara.Sebagai bangsa yang terutama di Malaysia,umat Melayu adalah cerminan Islam,dan mesti mendukung imej negara.







Sabtu, 5 Oktober 2013

Ketamadunan Melayu adalah Ketamadunan Islam

http://nusacentre.wordpress.com/rencana/ketamadunan-melayu-adalah-ketamadunan-islam/

Artikel ini sangat panjang,tetapi tidak susah faham.Setelah membaca,saya rasa saya mendapat satu pandangan dari sejarah tentang perkembangan agama Islam di alam Melayu.

Pertama,pengetahuan tentang Jalan Sutera yang saya pernah belajar adalah dari sudut China.Ini kali pertama saya melihat sejarah Jalan Sutera dari sudut Malaysia.Menurut pengarang,jalan ini adalah Jalan Sutera Laut.Saya mencari satu peta tentang jalan ini.Dari peta ini boleh dilihat bahawa pelabuhan-pelabuhan di alam Melayu memainkan peranan yang amat penting kepada jalan perdagangan ini.Khususnya Melaka.



Kedua,tentang "Melayu Proto" dan "Melayu Deutero".Kebanyakan sarjana percaya bahawa gelombang kemasukan bangsa Melayu ini datangnya dari Yunan di China dan kemudian menjadi bangsa Melayu asli yang utama pada zaman kuno.Buktinya adalah alat-alat batu dan gangsa-besi yang didapati di tanah Melayu.Melalui sarjana,bangsa Melayu-Proto mendatang lebih-kurang pada tahun 2500 sebelum Masihi dan bangsa Melayu Deutero mendatang pada tahun 1500 sebelum Masihi.Saya tidak mempunyai banyak pengetahunan tentang sejarah ini,tetapi selepas mencari dalam Internet,saya mendapati bahawa terdapat ahli arkeologi Malaysia menikai bahawa orang Melayu yang asli bukan dari Yunan China,tetapi dari benua Afrika.Saya lebih menyokong teori pertama kerana dari sudut geografi,hubungan China dengan Malaysia lebih erat.

Teori yang saya paling sokong adalah teori pengarang tentang bahasa Melayu.Saya berfikir bahawa bahasa ialah benda yang paling penting kepada satu bangsa.Bahasa menbentuk dan mencatat tamadun bangsa.Dan bahasa ialah sejenis manifestasi yang terus dari satu bangsa.Kedatangan agama Islam membawa kemunculan bahasa Melayu.Konsep bahasa Melayu ditubuhkan dan disebar dalam golong rakyat oleh agama Islam.Di zaman kuno China,terdapat satu dinasti Qin.Dinasti Qin dilihat sangat penting dalam sejarah China.Salah satu sebabnya adalah bahasa dan kata penulisan China dipadukan pada dinasti ini.
Selain bahasa Melayu,Islam juga melahirkan ahli-ahli falsafah.Ini satu tanda bahawa gagasan-gagasan falsafah bangsa mula berkembang.Islam ternyata telah membentuk sistem asas masyarakat yang rasional.

Bagi konsep Melayu,sejak saya belajar bahasa Melayu,kawan-kawan sudah boleh membezakan orang Melayu dengan orang Malaysia."Melayu ertinya seseorang yang menganut agama Islam,lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu."Saya rasa,kebanyakan pandangan nilai dalam kehidupan orang Melayu adalah ditentukan oleh Islam.Tetapi,saya orang China dan tidak pernah belajar pengetahuan Islam.Oleh itu,saya tidak boleh mempunyai fikiran yang lebih mendalam tentang hubungan antara Melayu dengan Islam.Jadi,sekarang,saya setuju dengan pandangan pengarang,iaitu ketamadunan Melayu adalah ketamadunan Islam.Mungkin dengan pengetahuan saya yang lebih lanjut pada masa depan,saya akan mempunyai pandangan yang berbeza,atau akan setujunya dengan tahap yang lebih mendalam.