Bagi saya, pandangan Islam memang susah faham kerana saya bukan seorang umat Islam. Oleh itu saya juga tidak tahu banyak adat-resam tentang Islam atau tentang pandangan Islam. Saya mahu membincangkan sedikit kekeliruan yang saya mendapat tentang nilai Islam. Kalau ada kesalahan sila maafkan saya.
1. Pertama adalah isu sains dan teknologi tinggi.Teknologi tinggi adalah satu lambang kemodenan. Kedatangannya akan membawa kebaikan dan keburukan kepada semua bangsa.
Sekarang, alat-alat yang berteknologi tinggi sudah masuk kehidupan kita dengan perkembangan masyarakat. Contohnya, Komputer, laptop, telefon bimbit dan iPad. Orang-orang menggunakan mesin-mesin itu secara kerap. Teknologi tinggi memang bermanfaat kepada kehidupan kita. Masa terjimat dan kecekapan ditingkatkan. Seiringan dengan faedah itu, alat-alat yang berteknologi tinggi juga memberikan masalah. Terdapat ramai orang kena penyakit mata, penyakit jari atau penyakit bahagian badan yang lain akibat menggunakan komputer, telefon bimbit dan iPad dengan masa yang terlalu panjang.
Oleh kerana pendekatan input dalam komputer dan telefon bimbit adalah operasi pintar, maka apabila kita menaip, mesin itu akan mengenali apa perkataan kita mahu hanya melalui beberapa huruf dan tidak perlu menaip semua huruf. Tidak boleh dinafikan bahawa operasi pintar ini memang menjadikan penggunaan kita lebih mudah, namun kalau selalu menggunakan operasi pintar itu, mungkin kita akan menghadapi masalah apabila kita menulis sebab tiba-tiba lupa bagaimana mengeja suatu perkataan.layu
2. Saya sudah tahu bahawa Hari Valentine (Valentine's Day) adalah dilarangkan di golongan umat Islam Malaysia kerana itu berkaitan dengan seks dan lucah pada pandangan Islam. Kawan Melayu saya juga pernah memberitahu saya bahawa sepasang kekasih Melayu yang belum berkahwin tidak boleh bersentuhan, maksudnya tidak boleh memegang tangan, tidak boleh bercium atau kelakuan yang lain tentang "bersama". Homoseksual juga dilarangkan pada pandangan Islam. Dalam satu kuliah saya di Malaysia, Prof. pernah membincang dengan kawan-kawan tentang isu tersebut. Sebenarnya hal ini, iaitu isu tersebut boleh dibincangkan dalam kelas, sudah mengagumkan saya kerana sebelum itu saya rasa biasanya isu-isu seksual tak boleh dibincangkan secara terbuka. Melalui kelas itu, saya tahu sudah terdapat beberapa orang Melayu yang homoseksual di Malaysia dan antaranya ada orang berkahwin di luar negara. Terdapat kekasih yang belum berkahwin sudah tinggal bersama. Terdapat pelajar lekaki dan pelajar perempuan bercium dalam lif FSSK dan dilihat oleh orang yang lain. Saya juga pernah melihat sepasang pelajar memegang tangan di kawasan kolej asrama saya.
Pada pendapat saya, pemuda-pemuda selalu menyentuh cerita percintaan atau filem roman dalam kehidupannya pada masa kini. Khsusnya kisah roman yang panas dari Barat memang akan mempengaruhi minda pemuda Islam. Walaupun dilarang bersentuhan namun masih ada kekasih bersama memegang tangan dan bercium. Mungkin pada masa depan terdapat lebih banyk pemuda akan menyampaikan rasa cinta mereka secara sikap terbuka. Hal ini bukan hanya berkaitan dengan ajaran agama Islam, tetapi juga berkaitan dengan rasa kemanusiaan. Sekarang ada yang berpendapat bahawa ini cabaran yang agama Islam kena menghadapi dalam proses pemodenan, ada yang berfikir bahawa perubahan ini boleh diterima. Saya tidak boleh berkata saya setuju atau tidak kerana saya bukan umat Islam, tetapi saya rasa hal ini tidak boleh dielakkan kepada semua bangsa kerana masyarakat semakin berkembang semakin moden, dan mestilah setiap bangsa atau agama mempunyai keputusan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan