Jumaat, 20 Disember 2013

Perbincangan Berdasarkan Teras Pendidikan Islam

Perbincangan berdasarkan artikel Konsep TA’DĪB:Teras Falsafah Pendidikan Islam oleh Asmaa Mohd Arshad,


Playboy Bunny memakai tudung
Langkah bertudung Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia dan model, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun beliau bukan seorang Muslim. Terdapat ramai orang kritik dia kerana mereka rasa langkahnya sudah menghina dan tidak menghormati agama Islam. Menurut peremouan ini sendiri, "Saya tidak melakukan ini untuk tidak menghormati pihak lain. Saya melakukan ini dengan penuh ikhlas dan niat yang baik.”


Pada pendapat saya, perempuan ini rasa dia akan menjadi lebih baik dan lebih sopan-santun melalui memakai tudung, tetapi bukan tudung boleh menentu seorang perempuan ialah orang yang baik atau tidak. Menurut Asmaa, inilah Ilmu Pengenalan yang memandu akal budi manusia kerana ilmu ini tentang hakikat kebenaran. Perempuan Melayu bersopan-santun bukan kerana memakai tudung, tetapi kerana menerima Ilmu Pengenalan dan diajar untuk menjadi insan yang baik. Memakai tudung hanya salah satu tanda yang memperlihatkan sifat yang baik di bawah panduan Ilmu Pengenalan. Oleh itu, dia mempunyai satu pandangan tentang agama Islam yang tidak lengkap.
 (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-berniat-baik-pakai-)


Gengsterisme Remaja
Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja, malah boleh mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol.

 

Masalah ini diakibatkan oleh dua sebab. Pertama, golongan remaja dopengaruhi oleh filem Barat dan meniru daripada aktiviti gengsterisme. Mereka merasa bangga terhadap kelakuan sendiri. Ini merupakan satu kekeliruan berpunca daripada budaya Barat. Macam apa ditekanakn oleh Asmaa, kekeliruan ini mengakibatkan keruntuhan moral masyarakat pada masa kini. Kedua,  pandangan alam agama yang dalam hati diri tidak kukuh. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan ini.
(http://moralterkini.blogspot.com/2011/02/gangsterisme.html)

Pendidikan Islam jadi teras UMNO
 “kita laksanakan supaya untuk tempoh mendatang ini maka menerusi sistem pendidikan kita akan dapat melahirkan satu generasi masa depan yang bukan sahaja terdidik dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran tetapi juga akhlak, mulia, beretika dan mempunyai tertib, adab, sopan santun yang sesuai dengan kehendak masyarakat, agama dan negara.” 


Ucapan ini daripada seorang pemimpin UMNO. Saya sangat setuju dengan ucapan pemimpin ini kerana sesuai dengan artikel Asmaa.Menurut Asmaa, berbeza dengan pandangan pendidikan Barat, pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan insan yang baik. Kemudian secara tidak langsung, insan yang baik akan menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Apabila warganegara mempunyai Ilmu Pengenalan dan Ilmu Pengetahuan yang tinggi dan lengkap, mereka akan memberi sumbangan besar kepada perpaduan dan kemakmuran negara. Ini sangat penting kepada satu parti pemimpinan negara. Dari ini boleh didapati bahawa pendidikan Islam mempunyai makna politik.
(  http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131208/re_09/Pendidikan-Islam-jadi-teras-UMNO)

Kekurangan tentang Ilmu Pengenalan dan Ilmu Pengetahuan akan mengakibatkan kekeliruan ilmu dan menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat. Oleh itu pelajar-pelajar harus menerima pengajaran ilmu pendidikan Islam daripada sekolah dan keluarga. Sebagai teras pendidikan Islam, Ilmu Pengenalan dan Ilmu Pengetahuan tidak boleh terpisah.Pendidikan Islam bermakna dan berfungsi kepada individu dan seluruh negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan