Artikel ini sangat panjang,tetapi tidak susah faham.Setelah membaca,saya rasa saya mendapat satu pandangan dari sejarah tentang perkembangan agama Islam di alam Melayu.
Pertama,pengetahuan tentang Jalan Sutera yang saya pernah belajar adalah dari sudut China.Ini kali pertama saya melihat sejarah Jalan Sutera dari sudut Malaysia.Menurut pengarang,jalan ini adalah Jalan Sutera Laut.Saya mencari satu peta tentang jalan ini.Dari peta ini boleh dilihat bahawa pelabuhan-pelabuhan di alam Melayu memainkan peranan yang amat penting kepada jalan perdagangan ini.Khususnya Melaka.
Kedua,tentang "Melayu Proto" dan "Melayu Deutero".Kebanyakan sarjana percaya bahawa gelombang kemasukan bangsa Melayu ini datangnya dari Yunan di China dan kemudian menjadi bangsa Melayu asli yang utama pada zaman kuno.Buktinya adalah alat-alat batu dan gangsa-besi yang didapati di tanah Melayu.Melalui sarjana,bangsa Melayu-Proto mendatang lebih-kurang pada tahun 2500 sebelum Masihi dan bangsa Melayu Deutero mendatang pada tahun 1500 sebelum Masihi.Saya tidak mempunyai banyak pengetahunan tentang sejarah ini,tetapi selepas mencari dalam Internet,saya mendapati bahawa terdapat ahli arkeologi Malaysia menikai bahawa orang Melayu yang asli bukan dari Yunan China,tetapi dari benua Afrika.Saya lebih menyokong teori pertama kerana dari sudut geografi,hubungan China dengan Malaysia lebih erat.
Teori yang saya paling sokong adalah teori pengarang tentang bahasa Melayu.Saya berfikir bahawa bahasa ialah benda yang paling penting kepada satu bangsa.Bahasa menbentuk dan mencatat tamadun bangsa.Dan bahasa ialah sejenis manifestasi yang terus dari satu bangsa.Kedatangan agama Islam membawa kemunculan bahasa Melayu.Konsep bahasa Melayu ditubuhkan dan disebar dalam golong rakyat oleh agama Islam.Di zaman kuno China,terdapat satu dinasti Qin.Dinasti Qin dilihat sangat penting dalam sejarah China.Salah satu sebabnya adalah bahasa dan kata penulisan China dipadukan pada dinasti ini.
Selain bahasa Melayu,Islam juga melahirkan ahli-ahli falsafah.Ini satu tanda bahawa gagasan-gagasan falsafah bangsa mula berkembang.Islam ternyata telah membentuk sistem asas masyarakat yang rasional.
Bagi konsep Melayu,sejak saya belajar bahasa Melayu,kawan-kawan sudah boleh membezakan orang Melayu dengan orang Malaysia."Melayu ertinya seseorang yang menganut agama Islam,lazim bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu."Saya rasa,kebanyakan pandangan nilai dalam kehidupan orang Melayu adalah ditentukan oleh Islam.Tetapi,saya orang China dan tidak pernah belajar pengetahuan Islam.Oleh itu,saya tidak boleh mempunyai fikiran yang lebih mendalam tentang hubungan antara Melayu dengan Islam.Jadi,sekarang,saya setuju dengan pandangan pengarang,iaitu ketamadunan Melayu adalah ketamadunan Islam.Mungkin dengan pengetahuan saya yang lebih lanjut pada masa depan,saya akan mempunyai pandangan yang berbeza,atau akan setujunya dengan tahap yang lebih mendalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan