Menurut Asmaa Mohad Arshad, kaum Islam sedang menghadapi krisi keruntuhan akhlak dan kekeliruan ilmu. Kekeliruan ilmu ini berpunca daripada pandangan alam Barat disuntik ke dalam pemikiran Islam dan mengakibatkan keruntuhan adab di kalangan umat Islam itu sendiri. Berbeza dengan konsep pendidikan tamadun Barat yang hendak melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan boleh menyumbangkan diri untuk kepentingan negara, pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang adab yang mengetahui ketuntuan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Proses pendidikan Islam adalah proses mendisplinkan dan menyempurnakan sendirin dari segi jasmani dan ruhani yang merangkumi empat perkara: perkataan, perbuatan, akidah dan niat seseorang.
Teras pendidikan Islam adalah akhlak yang menentukan Ilmu Pengenalan (ilmu fardu ain) yang memandu akal budi manusia untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan di kehidupan manusia. Ilmu Pengenalan merupakan ilmu terutama dan paling penting dalam konsep pendidikan Islam. Ilmu Pengenalan termasuk pengenalan diri dan pengenalan terhadap Tuhan. Ia adalah tuntutan ke atas setiap Muslim dan bertujuan untuk kesempurnaan insan. Manakala Ilmu Pengetahuan (ilmu fardu kifayah), iaitu sejenis ilmu yang lain dalam konsep pendidikan Islam, adalah ilmu alat membantu mencapai kesempurnaan insan dan tidak diwajibkan ke atas setiap Muslim. Di peringkat pengajian tinggi, ilmu fardu ain merupakan ilmu teras dan sewajar lebih tinggi bagi seseorang yang mempunyai ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain sebagai teras falsafah pendidikan Islam berfungsi untuk manusia memegang jati diri sendiri, menyempurnakan abad sendiri dan mencerminkan pandangan alam Islam.
Pada masa kini, ada beberapa orang hanya mementingkan Ilmu Pengetahuan tetapi meminggirkan Ilmu Pengenalan. Contohnya terdapat pelajar yang dari peringkat pengajian tinggi dipengaruhi oleh faham-faham luar dan dipesonakan oleh pandangan alam Barat. Oleh sebab itu mereka meminggirkan akidah sendiri dan melupakan tugasan diri sebagai umat Islam. Faham-faham asas Islam tidak menerima kedudukan sewajarnya kerana pelajar tersebut tidak menyedari Ilmu Pengenalan adalah ilmu yang benar memandu adab manusia.
High intelligence crime ialah satu contoh yang lain. Penjenayah yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dan biasanya mendapat kejayaan dalam bidang Ilmu Pengetahuan sendiri. Jenayah yang dibuat oleh Mereka selalu tidak tersangka-sangka kerana orang macam itu memang adalah orang yang unggul dalam bidang khusus. Manakala orang memjalankan high intelligence crime kerana mereka tidak memperhatikan Ilmu Pengenalan dan tidak menyedari harus menyempurnakan adab dan akal budi sendiri sebagai insan. Dari sini boleh didapati bahawa ketidakseimbangan antara Ilmu Pengenalan dengan Ilmu Pengetahuan memang akan mengakibatkan keruntuhan akhlak manusia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan