Artikel ini daripada Khalif Muammar A. Haris. Artikel ini menjelaskan nilai dan tempat bagi tradisi pada pandangan Barat serta pandangan Islam dan juga memberikan perspektif yang jelas terhadap modeniti Barat dengan konsep modeniti berdasarkan kepada pandangan alam Islam.
Pada pandangan Barat, perkataan tradisi memberi konotasi yang negatif dan lebih kepada cerita dongeng dan mitos yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui komunikasi lisan. Dari hal yang demikian boleh dikatakan bahawa tradisi diberikan satu kedudukan yang rendah oleh Barat. Contohnya ucapan yang berikut di bawah:
Namun pada pandangan Islam, tradisi, atau Turath, adalah rakaman tentang bagaimana Islam difahami dan dilaksanakan sejak generasi awal Islam. Oleh itu tradisi sangat penting kepada umat Islam untuk memandu dan membimbing mereka menjalani kehidupan yang baik. Maka pandangan bagi tradisi daripada Barat dan Islam sangat berbeza.
Oleh kerana pemikir Barat melihat tradisi sebagai beban sejarah, apabila mereka menghadapi modeniti mereka menolak tradisi. Modeniti lahir di Barat setelah falsafah Barat berjaya meminggirkan agama dan tradisi daripada menguasai masyarakat. Khususnya, modeniti menolak pandangan alam yang berdasarkan kepada agama. Hal ini sudah berbeza secara sepenuhnya dengan pandangan alam Islam.
Selain sikap yang berbeza terhadap agama dalam proses modeniti, Barat juga menyokong pandangan alam yang baru yang menolak metafizik. Pembangunan dan Kemajuan di Barat menekankan sains dan teknologi dan merendahkan tempat ilmu, bahkan penekanan pada sains dan teknologi ini menyebabkan krisis kemanusiaan berlaku. Saya rasa hal ini boleh difahami kerana masa kini kebanyakan negara memang lebih memberikan perhatian kepada sains dan teknologi supaya ekonomi dan industri negara boleh berkembang dan bertanding dengan dunia. Ini memang satu kecenderungan di seluruh dunia. Tak ada kemungkinan bahawa sesuatu negara tidak mempunyai pandangan untuk menekankan sains dan teknologi walaupun negara ini mungkin sangat miskin dan tidak ada kekuatan kewangan yang cukup besar untuk membangunkan sains dan teknologi. Namun mesti salah kalau hanya menekankan hardware dan meminggirkan software.
Saya setuju dengan perspektif Islam bahawa pembangunan pada masa ini adalah pembangunan yang menyeluruh. Pada perspektif Islam, ada tempat yang wajar bagi ilmu, falsafah dan pemikiran juga ada tempat yang wajar bagi sains dan teknologi. Kemajuan material yang tidak disertakan dengn kemajuan yang menyeluruh termasuk aspek mental,moraliti dan spiritual akan mengakibatkan manusia semakin menderita. Kemajuan dan pembangunan yang sebenar mesti memberi kesan yang baik kepada manusia. Oleh kerana itu, kemajuan aspek mental sangat penting untuk kebahagiaan manusia. Masyarakat China masa ini juga menekankan perkembangan yang seimbang antara sains, ekonomi, kebudayaan dengan ilmu. Yang jelas tiada masyarakat dapat makmur tanpa budaya. Di samping itu, kalau ilmu berkembang, ini juga bermanfaat kepada pembangunan sains dan teknologi.
Islam tidak menentang kemajuan. Namun pada masa ini ada banyak umat Islam terhilang jati diri hanya mahu negaranya semaju dengan Barat. Pada pendapat saya, umat Islam memang boleh mendapat faedah dari perkembangan sains dan teknologi yang semakin dekat dengan kehidupan rakyat, seperti penggunaan alat teknologi yang tinggi macam ipad dan iphone. Namun umat Islam mesti memahami jati diri dengan jelas dan mengukui ilmu dan budaya bangsa sendiri. Saya setuju dengan al-Attas (2001) mengatakan bahawa sains itu hanyalah alat bagi kegunaan manusia, dan alat tiada dapat dijadikan nilai kehidupan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan