Jumaat, 20 Disember 2013

Perbincangan Berdasarkan Teras Pendidikan Islam

Perbincangan berdasarkan artikel Konsep TA’DĪB:Teras Falsafah Pendidikan Islam oleh Asmaa Mohd Arshad,


Playboy Bunny memakai tudung
Langkah bertudung Playboy Bunny pertama warganegara Malaysia dan model, Felixia Yeap mengejutkan ramai orang walaupun beliau bukan seorang Muslim. Terdapat ramai orang kritik dia kerana mereka rasa langkahnya sudah menghina dan tidak menghormati agama Islam. Menurut peremouan ini sendiri, "Saya tidak melakukan ini untuk tidak menghormati pihak lain. Saya melakukan ini dengan penuh ikhlas dan niat yang baik.”


Pada pendapat saya, perempuan ini rasa dia akan menjadi lebih baik dan lebih sopan-santun melalui memakai tudung, tetapi bukan tudung boleh menentu seorang perempuan ialah orang yang baik atau tidak. Menurut Asmaa, inilah Ilmu Pengenalan yang memandu akal budi manusia kerana ilmu ini tentang hakikat kebenaran. Perempuan Melayu bersopan-santun bukan kerana memakai tudung, tetapi kerana menerima Ilmu Pengenalan dan diajar untuk menjadi insan yang baik. Memakai tudung hanya salah satu tanda yang memperlihatkan sifat yang baik di bawah panduan Ilmu Pengenalan. Oleh itu, dia mempunyai satu pandangan tentang agama Islam yang tidak lengkap.
 (http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-berniat-baik-pakai-)


Gengsterisme Remaja
Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja, malah boleh mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol.

 

Masalah ini diakibatkan oleh dua sebab. Pertama, golongan remaja dopengaruhi oleh filem Barat dan meniru daripada aktiviti gengsterisme. Mereka merasa bangga terhadap kelakuan sendiri. Ini merupakan satu kekeliruan berpunca daripada budaya Barat. Macam apa ditekanakn oleh Asmaa, kekeliruan ini mengakibatkan keruntuhan moral masyarakat pada masa kini. Kedua,  pandangan alam agama yang dalam hati diri tidak kukuh. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan ini.
(http://moralterkini.blogspot.com/2011/02/gangsterisme.html)

Pendidikan Islam jadi teras UMNO
 “kita laksanakan supaya untuk tempoh mendatang ini maka menerusi sistem pendidikan kita akan dapat melahirkan satu generasi masa depan yang bukan sahaja terdidik dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran tetapi juga akhlak, mulia, beretika dan mempunyai tertib, adab, sopan santun yang sesuai dengan kehendak masyarakat, agama dan negara.” 


Ucapan ini daripada seorang pemimpin UMNO. Saya sangat setuju dengan ucapan pemimpin ini kerana sesuai dengan artikel Asmaa.Menurut Asmaa, berbeza dengan pandangan pendidikan Barat, pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan insan yang baik. Kemudian secara tidak langsung, insan yang baik akan menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Apabila warganegara mempunyai Ilmu Pengenalan dan Ilmu Pengetahuan yang tinggi dan lengkap, mereka akan memberi sumbangan besar kepada perpaduan dan kemakmuran negara. Ini sangat penting kepada satu parti pemimpinan negara. Dari ini boleh didapati bahawa pendidikan Islam mempunyai makna politik.
(  http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131208/re_09/Pendidikan-Islam-jadi-teras-UMNO)

Kekurangan tentang Ilmu Pengenalan dan Ilmu Pengetahuan akan mengakibatkan kekeliruan ilmu dan menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat. Oleh itu pelajar-pelajar harus menerima pengajaran ilmu pendidikan Islam daripada sekolah dan keluarga. Sebagai teras pendidikan Islam, Ilmu Pengenalan dan Ilmu Pengetahuan tidak boleh terpisah.Pendidikan Islam bermakna dan berfungsi kepada individu dan seluruh negara.


Ahad, 8 Disember 2013

Konsep TA' DĪB: Teras Falsafah Pendidikan Islam---- oleh Asmaa Mohad Arshad

Menurut Asmaa Mohad Arshad, kaum Islam sedang menghadapi krisi keruntuhan akhlak dan kekeliruan ilmu. Kekeliruan ilmu ini berpunca daripada pandangan alam Barat disuntik ke dalam pemikiran Islam dan mengakibatkan keruntuhan adab di kalangan umat Islam itu sendiri. Berbeza dengan konsep pendidikan tamadun Barat yang hendak melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan boleh menyumbangkan diri untuk kepentingan negara, pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang adab yang mengetahui ketuntuan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Proses pendidikan Islam adalah proses mendisplinkan dan menyempurnakan sendirin dari segi jasmani dan ruhani yang merangkumi empat perkara: perkataan, perbuatan, akidah dan niat seseorang.

Teras pendidikan Islam adalah akhlak yang menentukan Ilmu Pengenalan (ilmu fardu ain) yang memandu akal budi manusia untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan di kehidupan manusia. Ilmu Pengenalan merupakan ilmu terutama dan paling penting dalam konsep pendidikan Islam. Ilmu Pengenalan termasuk pengenalan diri dan pengenalan terhadap Tuhan. Ia adalah tuntutan ke atas setiap Muslim dan bertujuan untuk kesempurnaan insan. Manakala Ilmu Pengetahuan (ilmu fardu kifayah), iaitu sejenis ilmu yang lain dalam konsep pendidikan Islam, adalah ilmu alat membantu mencapai kesempurnaan insan dan tidak diwajibkan ke atas setiap Muslim. Di peringkat pengajian tinggi, ilmu fardu ain merupakan ilmu teras dan sewajar lebih tinggi bagi seseorang yang mempunyai ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain sebagai teras falsafah pendidikan Islam berfungsi untuk manusia memegang jati diri sendiri, menyempurnakan abad sendiri dan mencerminkan pandangan alam Islam.


Pada masa kini, ada beberapa orang hanya mementingkan Ilmu Pengetahuan tetapi meminggirkan Ilmu Pengenalan. Contohnya terdapat pelajar yang dari peringkat pengajian tinggi dipengaruhi oleh faham-faham luar dan dipesonakan oleh pandangan alam Barat. Oleh sebab itu mereka meminggirkan akidah sendiri dan melupakan tugasan diri sebagai umat Islam. Faham-faham asas Islam tidak menerima kedudukan sewajarnya kerana pelajar tersebut tidak menyedari Ilmu Pengenalan adalah ilmu yang benar memandu adab manusia.

High intelligence crime ialah satu contoh yang lain. Penjenayah yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dan biasanya mendapat kejayaan dalam bidang Ilmu Pengetahuan sendiri. Jenayah yang dibuat oleh Mereka selalu tidak tersangka-sangka kerana orang macam itu memang adalah orang yang unggul dalam bidang khusus. Manakala orang memjalankan high intelligence crime kerana mereka tidak memperhatikan Ilmu Pengenalan dan tidak menyedari harus menyempurnakan adab dan akal budi sendiri sebagai insan. Dari sini boleh didapati bahawa ketidakseimbangan antara Ilmu Pengenalan dengan Ilmu Pengetahuan memang akan mengakibatkan keruntuhan akhlak manusia.




Ahad, 1 Disember 2013

Pandangan Islam tentang tradisi dan moden pada masa kini

Bagi saya, pandangan Islam memang susah faham kerana saya bukan seorang umat Islam. Oleh itu saya juga tidak tahu banyak adat-resam tentang Islam atau tentang pandangan Islam. Saya mahu membincangkan sedikit kekeliruan yang saya mendapat tentang nilai Islam. Kalau ada kesalahan sila maafkan saya.

1. Pertama adalah isu sains dan teknologi tinggi.Teknologi tinggi adalah satu lambang kemodenan. Kedatangannya akan membawa kebaikan dan keburukan kepada semua bangsa. 
Sekarang, alat-alat yang berteknologi tinggi sudah masuk kehidupan kita dengan perkembangan masyarakat. Contohnya, Komputer, laptop, telefon bimbit dan iPad. Orang-orang menggunakan mesin-mesin itu secara kerap. Teknologi tinggi memang bermanfaat kepada kehidupan kita. Masa terjimat dan kecekapan ditingkatkan. Seiringan dengan faedah itu, alat-alat yang berteknologi tinggi juga memberikan masalah. Terdapat ramai orang kena penyakit mata, penyakit jari atau penyakit bahagian badan yang lain akibat menggunakan komputer, telefon bimbit dan iPad dengan masa yang terlalu panjang.



Oleh kerana pendekatan input dalam komputer dan telefon bimbit adalah operasi pintar, maka apabila kita menaip, mesin itu akan mengenali apa perkataan kita mahu hanya melalui beberapa huruf dan tidak perlu menaip semua huruf. Tidak boleh dinafikan bahawa operasi pintar ini memang menjadikan penggunaan kita lebih mudah, namun kalau selalu menggunakan operasi pintar itu, mungkin kita akan menghadapi masalah apabila kita menulis sebab tiba-tiba lupa bagaimana mengeja suatu perkataan.layu


2. Saya sudah tahu bahawa Hari Valentine (Valentine's Day) adalah dilarangkan di golongan umat Islam Malaysia kerana itu berkaitan dengan seks dan lucah pada pandangan Islam. Kawan Melayu saya juga pernah memberitahu saya bahawa sepasang kekasih Melayu yang belum berkahwin tidak boleh bersentuhan, maksudnya tidak boleh memegang tangan, tidak boleh bercium atau kelakuan yang lain tentang "bersama". Homoseksual juga dilarangkan pada pandangan Islam. Dalam satu kuliah saya di Malaysia, Prof. pernah membincang dengan kawan-kawan tentang isu tersebut. Sebenarnya hal ini, iaitu isu tersebut boleh dibincangkan dalam kelas, sudah mengagumkan saya kerana sebelum itu saya rasa biasanya isu-isu seksual tak boleh dibincangkan secara terbuka. Melalui kelas itu, saya tahu sudah terdapat beberapa orang Melayu yang homoseksual di Malaysia dan antaranya ada orang berkahwin di luar negara. Terdapat kekasih yang belum berkahwin sudah tinggal bersama. Terdapat pelajar lekaki dan pelajar perempuan bercium dalam lif FSSK dan dilihat oleh orang yang lain. Saya juga pernah melihat sepasang pelajar memegang tangan di kawasan kolej asrama saya. 




Pada pendapat saya, pemuda-pemuda selalu menyentuh cerita percintaan atau filem roman  dalam kehidupannya pada masa kini. Khsusnya kisah roman yang panas dari Barat memang akan mempengaruhi minda pemuda Islam. Walaupun dilarang bersentuhan namun masih ada kekasih bersama memegang tangan dan bercium. Mungkin pada masa depan terdapat lebih banyk pemuda akan menyampaikan rasa cinta mereka secara sikap terbuka. Hal ini bukan hanya berkaitan dengan ajaran agama Islam, tetapi juga berkaitan dengan rasa kemanusiaan. Sekarang ada yang berpendapat bahawa ini cabaran yang agama Islam kena menghadapi dalam proses pemodenan, ada yang berfikir bahawa perubahan ini boleh diterima. Saya tidak boleh berkata saya setuju atau tidak kerana saya bukan umat Islam, tetapi saya rasa hal ini tidak boleh dielakkan kepada semua bangsa kerana masyarakat semakin berkembang semakin moden, dan mestilah setiap bangsa atau agama mempunyai keputusan sendiri.