Isnin, 21 Oktober 2013

Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden

Tidak boleh dinafikan bahawa teks drama adalah satu genre yang penting dalam sastera. Macam genre-genre sastera yang lain, teks drama juga boleh mencerminkan nilai budaya masyarakat. Tetapi caranya lebih kompleks kerana rasa dan makna dalam drama adalah disampaikan melalui kombinasi unsur-unsur yang datangnya dari dalam teks dan dari pementasan.

Apabila saya belajar bahasa Melayu di China, saya pernah membaca karya Usman Awang. Saya tahu drama muzikalnya Uda dan Dara adalah daripada satu puisinya. Jadi boleh dilihatkan bahawa makna dan rasa yang disampai oleh satu puisi boleh dilanjutkan ke satu bentuk karya yang lebih kompleks dan lebih segar. Keadaan ini juga sesuai dengan semua bentuk sastera yang lain. Selepas pelanjutan terjadi bentuk seni yang lebih besar, iaitu drama. Sebab itu, kesan drama untuk menunjukkan rasa dan makna dalam sesuatu karya sastera adalah lebih kuat.




Saya sangat suka drama, tetapi saya tidak pernah mendapat peluang untuk menikmati drama Melayu di Malaysia. Maka, saya akan memberi satu contoh dari China.Drama ini bernama Badak yang Jatuh Cinta. Drama ini tergolong daripada drama moden, iaitu Avant-garde Drama. Drama ini dicipta dan mulai diberi atas pentas pada tahun 1999. Sejak masa itu, drama ini sudah dilakukan lebih sebanyak seribu kali dan boleh dikatakan bahawa semua orang yang suka drama moden di China tahu drama ini.

Dari tajuk ini kita boleh tahu drama itu adalah satu drama romantik. Hero dalam drama ini mencintai seorang perempuan dan menjadi sangat setia terhadap perempuan itu walaupun perempuan itu tidak sudi menerima cintanya. Tetapi secara mendalam, drama ini  juga melambangkan bahawa pada masa ini nilai masyarakat sudah mencenderung kepada gaya berubah-ubah. Maksudnya kalau tidak boleh mewujudkan harapan sendiri pada sementara, banyak orang akan melepaskan harapan ini dan berubah matlamat semula. Orang macam hero ini yang begitu setia dan tegas sudah kurang. Ini nilai masyarakat yang dicerminkan oleh drama ini. 
Selain daripada dilakukan atas pentas, drama ini juga selalu dibaca oleh penonton-penonton yang minat dalam aktiviti pembacaan yang diadakan untuk skript drama ini. Pembaca boleh merasa makna dalam drama ini secara membaca yang berbeza daripada menonton drama.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan