Saya bersetuju dengan pandangan pengarang bahawa beberapa novel mencerminkan nilai budaya bangsa.Tetapi pada pendapat saya, novel-novel yang mencerminkan nilai budaya bangsa biasanya adalah novel-novel yang agung atau novel realiti yang mendasarkan masyarakat.
Sebaliknya, terdapat banyak novel pop, khususnya novel cerita cinta lebih memberi perhatian pada romantik untuk menarik pembaca dan kurang mencerminkan nilai budaya bangsa. Genre ini berfungsi sebagai alat penghiburan dalam kehidupan kita.
Sebenarnya, saya rasa beberapa novel yang agung mempunyai matlamat secara langsung atau tidak langsung untuk mencerminkan nilai budaya bangsa. Ciri ini berkaitan dengan tujuan pengarang itu. Kalau pengarang itu menganggap tugasnya sebagai seorang pengarang adalah memberi mafaat kepada masyarakat ini, dia akan menggambarkan sifatnya dalam karyanya. Melalui mencerminkan nilai bangsa dalam bidang sosiobudaya, sosiaekonomi dan sosiopolitik, novel ini akan menjadi salah satu unsur untuk menggalakkan perkembangan masyarakat. Pembaca akan menyentuh realiti sosial melalui membaca novel-novel ini. Oleh itu, genre ini berfongsi sebagai alat pendidikan selain daripada penghiburan dalam kehidupan pembaca.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan